Terjumpa Ratusan Surat Cinta Lama Dalam Kotak, Wanita Ini Terkejut Selepas Menemuinya Dalam Bilik Rahsia

Seorang wanita terkejut selepas menemui satu bilik rahsia di loteng rumahnya yang dipenuhi dengan ratusan surat cinta.

Anna Prillaman menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui ada bilik tersembunyi sehinggalah suatu hari dia menemui panel pintu semasa membersihkan loteng.

Selepas membuka pintu tersebut, dia mendapati terdapat ratusan surat cinta yang ditulis kepada seorang wanita yang bernama Betty Sue.

Surat-menyurat romantik antara Vance dan Betty dianggarkan berusia kira-kira 70 tahun iaitu setua rumah tersebut.

Sumber: Mirror

Anna berkata dia merasakan satu kewajipan untuknya menyimpan surat itu daripada membuangnya dan seboleh-bolehnya dia ingin mencari seseorang yang mungkin boleh berhubung dengan dua individu itu.

Susulan itu, dia memuat naik gambar surat berkenaan ke laman sesawang untuk mencari pemilik surat tersebut yang bernama Betty Sue dan Vance kerana rasa ingin tahunya.

Tidak lama lepas itu, dia mendapat jawapan daripada seorang lelaki muda bernama Dalton Long yang tinggal 3,000 batu jauhnya di Portland, Oregon.

Lelaki tersebut mengesahkan bahawa dia mengenali pasangan itu kerana mereka merupakan datuk dan neneknya. Pasangan tersebut telah berkahwin selama 50 tahun serta masih kekal bersama.

Dilaporkan, cucu lelakinya itu bakal menerima surat-surat datuk dan neneknya tidak lama lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca