Terjatuh Dalam Tangki Coklat, 2 Pekerja Ini Berjaya Diselamatkan

Dua pekerja kilang coklat yang terjatuh dalam tangki coklat di Pennsylvania, Amerika Syarikat berjaya diselamatkan.

Menurut laporan dari media tempatan, kedua-dua pekerja tersebut terperangkap dalam tangki kilang yang mengandungi coklat separas pinggang.

Perkara ini membuatkan mereka tidak dapat melepaskan diri dan terpaksa menunggu pihak kecemasan untuk diselamatkan daripada terus terperangkap dalan tangki tersebut.

Sumber: Twitter @yergesphotog

Petugas kecemasan telah dihubungi pada pukul 2.00 petang selepas menerima laporan tentang pekerja yang terperangkap itu.

Sumber: Twitter @yergesphotog

Terdapat beberapa pihak anggota polis dan kenderaan kecemasan berada di luar kilang untuk membawa mangsa dapatkan rawatan.

Seorang penyelia komunikasi dan penghantaran daerah Lancaster iaitu Brad Wofie menyatakan lima anggota bomba telah berjaya menarik kedua-dua mangsa keluar dari tangki tersebut.

Jurucakap syarikat menyatakan keselamatan pekerja adalah perkara yang diutamakan dan sentiasa bersedia untuk memberi sebarang bantuan yang diperlukan dari pihak kecemasan.

Mangsa yang terbabit telah dibawa ke hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Setakat ini punca mereka terjatuh belum diketahui kerana Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masih sedang menyiasat kejadian tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca