Terima Ugutan ‘Berdarah’ Menerusi Kurier Misteri, Pihak Polis Mengesan Suspek

Seorang wanita yang merupakan jurujual kedai emas menerima nota ugutan daripada satu bungkusan kurier yang menyatakan ingin menyimbah asid dan membakar rumahnya.

Bungkusan yang dikirimkan ke alamatnya di Kampung Saim, Klang Isnin lalu dilaporkan berisi objek berbentuk tangan dengan kesan cecair berwarna merah.

Polis buru suspek lakukan ugutan melalui khidmat kurier
Sumber: Berita Harian

Pihak berkuasa sedang mengesan suspek yang melakukan ugutan jenayah ke atas wanita berusia 29 tahun itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd Khairi Shafie berkata, satu nota ugutan yang terkandung dalam bungkusan tersebut turut mengugut untuk mencederakan keluarga mangsa berserta kawan-kawannya.

“Selain itu, suspek mengugut mahu membakar rumah ibu bapa mangsa dan akan mencederakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Khairi, wanita itu juga mendakwa dirinya menerima mesej WhatsApp berbaur lucah dan ugutan dari nombor yang tidak dikenali pada keesokan harinya.

Beliau berkata, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita sudah memanggil wanita itu untuk direkodkan keterangan sekali gus membantu siasatan. Polis juga sedang berusaha mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral seumpamanya yang menyalahi undang-undang dan menimbulkan kegusaran awam. 

Artikel-artikel berkaitan lain untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca