Terima ‘Tetamu’ Tidak Diundang, Keluarga Ini Terkejut Nampak Harimau Sedang Lena Tidur Di Atas Katil

Sebuah keluarga telah dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu’ yang tidak diundang di mana seekor harimau dijumpai sedang lena tidur di atas katil di kediaman mereka.

Pemilik kediaman tersebut iaitu Motital menyedari kehadiran ‘pendatang’ tanpa izin itu sekitar jam 7.30 pagi Khamis lalu.

Sebaik sahaja terlihat kelibat harimau itu yang sedang lena dibuai mimpi, mereka terus bertempiaran lari ke luar rumah.

Haiwan berkenaan dilaporkan melarikan diri dari Kaziranga National Park dekat India yang terjejas gara-gara banjir. Difahamkan, kira-kira 92 ekor haiwan yang ditempatkan di taman hidupan liar itu telah maut beberapa hari lalu.

Menurut Wildlife Trust of India (WTI), harimau tersebut sebelum ini dikesan berada di jalan raya pada pagi Khamis iaitu kira-kira 200 meter dari rumah asalnya.

Harimau berkenaan dipercayai bertindak untuk bersembunyi di dalam salah sebuah rumah di kawasan itu kerana takut dengan keadaan lalu lintas yang sibuk.

Menurut Rathin Barman yang mengetuai operasi menyelamat, Sang Belang itu mungkin terlalu penat dan dia tidur dengan nyenyak sekali.

Mercun terpaksa digunakan bagi mengejutkan harimau itu daripada tidur. Pada masa yang sama, kakitangan hidupan liar juga terpaksa menghalang trafik bagi membawa harimau betina itu keluar dari kediaman berkenaan. Ia kemudiannya diarah untuk melintas jalan dan masuk ke laluan hutan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca