Terima Tempahan Keranda Pelbagai Bentuk, Kenali Paa Joe Si Pembuat Keranda Pelik

Setiap insan yang bernyawa pasti akan meninggal dunia apabila tiba waktunya. Sesetengah individu pasti mempunyai persiapan apabila hari itu tiba seperti membuat wasiat atau yang sudah menempah keranda.

Seorang lelaki di Ghana yang dikenali sebagai Paa Joe mencipta nama apabila keranda rekaannya menjadi perhatian ramai orang. Dia merupakan pembuat keranda popular di negara itu.

Paa Joe mula membuat keranda sejak berusia 16 tahun. Dia mula menjadi bualan orang ramai setelah kepakarannya dalam membina keranda pelbagai bentuk mengikut keinginan pelanggan.

Antara keranda rekaannya adalah berbentuk kasut Nike, botol Coca-Cola, cili, singa dan bermacam-macam lagi.



Mempunyai lima dekad pengalaman, Paa Joe pernah menerima kunjungan individu berpengaruh seperti Kofi Anan dan Bill Clinton.

Rakyat di Ghana sememangnya meraikan kematian.

“Orang meraikan kematian di Ghana sewaktu pengebumian, kita raikan mereka yang meninggalkan kita. Sewaktu upacara, akan ada ramai orang dan banyak bunyi-bunyian,” ujar Jacob, anak kepada Paa Joe.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca