Terima Tawaran Sebanyak RM29,471, Wanita Ini Setuju Untuk ‘Jual’ Suaminya Yang Curang

Seorang wanita di Karnataka, India bersetuju untuk melepaskan suaminya dengan harga RM29,471 demi untuk melunaskan hutangnya.

Kisah ini bermula apabila suami wanita berkenaan tidak mahu pulang ke rumah, sebaliknya dia akan menghabiskan masa bersama teman wanitanya setiap kali dia pulang daripada kerja.

Menerusi pemerhatian tersebut, si isteri mula mendapat tahu bahawa lelaki itu bermain kayu tiga di belakangnya. Disebabkan itu, wanita itu yang bernama Ramya mempunyai perselisihan faham dengan suaminya berkenaan perkara tersebut.

Ramya mendapat tahu tentang rumah perempuan simpanan suaminya itu dan membuat keputusan untuk bersemuka dengan wanita berkenaan. Menerusi perbalahan mereka, si isteri didedahkan sebagai seorang yang mempunyai banyak hutang.

Untuk itu, teman wanita suami Ramya membuat satu tawaran yang mengejutkan semua orang yang berada di sana. Dia bersetuju untuk melunaskan hutang si isteri tetapi dengan syarat Ramya perlu memutuskan hubungan dengan suaminya itu buat selama-lamanya.

Pada mulanya, si isteri terkejut dengan tawaran itu tetapi selepas Ramya melihat suaminya tidak lagi mahu tinggal bersamanya, dia pun membuat keputusan untuk menerima tawaran berkenaan.

Ramya, pada mulanya, membuat tuntutan sebanyak 1,700,000 rupee (RM100,231) tetapi akhirnya dia bersetuju dengan jumlah yang ditawarkan iaitu 500,000 rupee (RM29,471).

Bukan sahaja si isteri sudah tidak lagi mempunyai hutang yang membebankan dirinya, tetapi wanita itu juga sudah bebas daripada seorang suami yang curang secara terang-terangan di belakangnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca