Penyanyi Bunga Isme terpilih menjadi artis pembukaan konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 November 2023 depan.
Bunga atau nama penuhnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mendedakan dia menerima tawaran itu dua bulan sebelum jualan tiket konsert tersebut dibuka kepada peminat.

“Alhamdulilah. Masa mula-mula saya dimaklumkan akan buat persembahan pembukaan di konsert itu, ia agak mengejutkan kerana Coldplay adalah satu nama besar dan pengikut ramai. Saya gementar dan harap dapat lakukan yang terbaik.”
Menurut sumber mStar, Bunga bakal menayanyikan dua buah lagu pada konsert berkenaan bersama pilihannya. Namun begitu, beliau belum melakukan latihan kerana sedang sibuk dengan pengajian di universiti.
“Apa yang saya tahu, persembahan pembukaan itu akan berlangsung selama 20 minit dan antara lagu yang saya pilih ialah Buai serta Intan Payung.”
Bunga berharap kemunculannya dalam konsert itu nanti dapat memperkenalkan muziknya kepada pendengar lebih besar.
“Memandangkan saya masih baru dalalm bidang ini, saya harap kemunculan saya dapat memperkenalkan muzik saya kepada pendengar yang lebih besar.
“Paling penting doakan saya dapat lakukan yang terbaik pada malam itu nanti dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih saya,” katanya.
Melalui media sosial penganjur konsert, Live Nation Malaysia pagi tadi mengesahkan Bunga sebagai artis pembukaan konsert Coldplay.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: