Terima RM345,000 Dari Pihak Muzium, Artis Hantar Dua Lukisan Kosong

terima-rm345,000-dari-pihak-muzium-artis-hantar-dua-lukisan-kosong

Seorang artis telah menghantar dua lukisan kosong selepas diberikan 534,000 Kroner (RM345,000) oleh pihak Kunsten Museum yang terletak di Aalborg, Denmark baru-baru ini.

Artis yang berasal dari Denmark, Jens Haaning, sepatutnya menghasilkan sebuah karya menggunakan wang kertas yang diterimanya tetapi bertindak mengambil duit tersebut dan meghantar karya kosong dinamakan ‘Take The Money And Run’.

Haaning sepatutnya menghasilkan sebuah karya menggunakan wang kertas Danish Kroner dan Euro yang merupakan simbolik kepada gaji tahunan penduduk di Denmark dan Austria.

Sumber: Wikipedia

Lasse Andersson, pengarah muzium berkenaan berkata, dua hari sebelum pembukaan pameran di muzium berkenaan, beliau telah menerima emel daripada Haaning yang mengatakan bahawa beliau tidak akan menunjukkan karya asal yang dipersetujui mereka pada awalnya.

Sehubungan dengan itu, Haaning cuma menghantar dua karya kosong. Bagaimanapun, Andersson tetap menayangkan karya berkenaan di galeri muzium terbabit yang dibuka sejak 24 September lalu.

Menurut Andersson, ia tidak salah kerana karya tersebut dihasilkan dari sudut humor dan ‘bagaimana kita meletak harga pada sesuatu karya seni’.

Difahamkan, Haaning mahu mengambil kesemua duit yang diterim dan tidak mahu memulangkannya kembali atas dasar beliau sudah menghasilkan karya berdasarkan pemahaman beliau mengenai tugasan yang diberi.

Walaupun pihak muzium nampak apa yang cuba disampaikan melalui karya tersebut, Andersson berkata bahawa mereka akan membiarkan sahaja sehingga pameran itu tamat pada Januari nanti.

“Sekiranya wang tersebut tidak dipulangkan pada 16 Januari seperti yang dijanjikan, kami akan segera mengambil tindakan terhadap yang sewajarnya kepasa Jens Haaning berdasarkan kontrak yang kami persetujui bersama,” kata Andersson.

Haaning telah menerima bayaran USD1,500 (RM6,280) dan exhibition bonus untuk dua karya ini. Namun gimik yang dilakukan Haaning ini pasti akan buat lebih ramai pengunjung melawat muzium berkenaan serta dapat menjana lebih pendapatan kepadanya.

Tidak mustahil sekiranya ada yang berminat untuk membeli karya kosong Haaning selepas 16 Januari nanti pada harga yang tinggi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca