Terima Permohonan Maaf, Bekas Teman Wanita Kim Seon-ho Akui Wujud ‘Salah Faham’

Selepas terpalit dengan kontroversi berkaitan kehidupan peribadinya, Kim Seon-ho telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada semua.

Beliau telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi kepada bekas kekasihnya iaitu A dan turut meminta maaf kepada pihak produksi yang terkena tempias isu ini.

Agensi yang menaungi aktor tersebut iaitu Salt Entertainment juga telah membuat permohonan maaf selepas kontroversi itu. Seon-ho telah digugurkan daripada program realiti 2 Days 1 Night dan semua filemnya akan datang.

Sumber: Instagram @seonho__kim

Buat anda yang masih keliru, seorang wanita dikenali sebagai A baru-baru ini memuat naik perkongsian mendakwa seorang aktor yang dikenali sebagai K adalah talam dua muka dan buruk perangai.

A turut mendakwa beliau pernah hamil hasil hubungan dengan aktor berkenaan tetapi dipaksa menggugurkan kandungannya. Tidak berhenti di situ, K juga berjanji mahu mendirikan rumah tangga dengannya tetapi ia sekadar janji palsu.

Selepas isu tersebut tular, bekas kekasih Seon-ho iaitu A telah memuat naik kenyataan baharu di Nate Pann dan turut meminta maaf atas kenyataannya sebelum ini yang menyinggung hati pelbagai pihak.

Menurut A, beliau berasa sedih apabila melihat kerjaya pelakon Start-Up dan Hometown Cha Cha Cha itu punah dengan sekelip mata dan akui berlaku salah faham antara mereka berdua. A turut mendedahkan bahawa beliau telah menerima permintaan maaf Seon-ho.

Sumber: Instagram @seonho__kim

“Saya meminta maaf kerana entri tersebut telah menyakiti ramai orang tanpa sengaja. Terdapat masa di mana saya dan Seon-ho sangat mencintai satu sama lain.

Saya berasa sedih apabila melihat beliau jatuh dengan sekelip mata kerana beberapa posting ekstrem yang ditulis saya. Saya juga telah menerima permohonan maaf daripada beliau dan nampaknya berlaku salah faham di antara kami berdua.

Saya berharap tiada lagi berita palsu akan dikeluarkan dan tiada lagi perincian tentang hubungan kami akan dihasilkan semula dan disebarkan.

Saya rasa terbeban kerana insiden ini telah menyebabkan kesukaran buat ramai orang.¬†Saya akan padam entri ini nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas kekasih Seon-ho juga mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang bagi sesiapa yang mengugut untuk mencederakannya dan melanggar privasinya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca