Nguyen Van Chien yang kini mempunyai rambut sepanjang lima meter membuat pengakuan bahawa dia tidak memotong rambutnya selama hampir 70 tahun.
Lelaki yang berusia 92 tahun ini tinggal di Delta Mekong iaitu kira-kira 80 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Nguyen percaya bahawa hidupnya masih panjang kerana dia membiarkan rambutnya panjang tanpa dipotong.

“Saya percaya saya akan meninggal dunia sekiranya rambut ini dipotong. Oleh itu, saya tidak berani mengubah apa-apa termasuk menyikat rambut ini,” jelasnya.
Nguyen yang menyembah sembilan kekuatan dan tujuh dewa ini percaya bahawa tindakannya untuk tidak memotong rambut adalah perintah daripada Tuhan.
Lelaki ini turut menjelaskan bahawa kali terakhir dia memotong rambut adalah ketika di sekolah rendah.
“Saya ingat rambut saya hitam, tebal dan kuat. Oleh itu, saya menyikatnya untuk menjadikannya halus. Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa diri ini terpilih ketika mendengar panggilan Tuhan,” tambah Nguyen.

Nguyen menganuti sebuah kepercayaan lama di Vietnam yang disebut Dua. Ia bagaimanapun tidak dibenarkan di Vietnam kerana dikategorikan sebagai ajaran sesat.
Anak lelaki kelima Nguyen iaitu Luom membantu bapa untuk menjaga rambutnya. Luom turut mempunyai kepercayaan sama seperti bapa selepas melihat seorang lelaki meninggal dunia selepas cuba untuk mencantumkan rambutnya semula dengan seutas tali.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: