Terima Nasihat Warganet, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Selepas Dituduh Samseng

Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didakwa telah mencederakan seorang pegawai keselamatan pada 16 Jun tahun lalu.

Menerusi ciapan di laman Twitter, seorang individu telah memberi nasihat kepada pelakon Jebat berkenaan dengan berkata Sharnaaz sepatutnya berkelakuan baik sebagai seorang selebriti supaya dia boleh menjadi contoh dan suri teladan kepada para peminatnya.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad

Lelaki itu turut berkata setiap perkara pasti ada hadnya dan pelakon itu masih belum bertemu lawan yang sesuai atau sama-sama handal lagi.

Tidak mendiamkan diri, aktor itu tampil membalas kenyataan individu berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia bukan seorang samseng seperti yang didakwa.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

Sharnaaz bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas nasihat yang diberikan oleh individu berkenaan dengan berkata, “Baik uncle. Terima kasih atas nasihat.

Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan. Saya okay je mana-mana pun. Mafia pun okay, popia pun okay. Yang penting, bila dipijak, bangun pijak balik.

Itu ayah saya ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya uncle,” jawabnya.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad

Buat anda yang masih keliru, Sharnaaz ditahan pada 16 Jun 2022 selepas dipercayai menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Jalan Dutamas dekat Kuala Lumpur.

Insiden itu bermula apabila mangsa meminta rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain untuk menghantar minyak masak.

Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakan mangsa itu masuk. Pengawal dan mangsa itu mula bertengkar.

Sharnaaz yang juga seorang penghuni kondominium tersebut kemudiannya telah menegur mereka apabila melihat perbalahan itu berlaku. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca