Terima Nasihat Orang Ramai, Zizan Razak Tinggalkan Dunia Forex

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak mengesahkan menerusi satu hantaran di laman Instagram bahawa dia akan meninggalkan dunia pelaburan pertukaran mata wang asing yang lebih dikenali sebagai Forex.

Walau bagaimanapun, Zizan tidak berkongsi sebab kenapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang pelaburan Forex itu lagi.

“Assalamualaikum semua. Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik baik untuk Zizan dan saya juga akan mendoakan yang terbaik untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. Insya-Allah,” ujarnya.

Sumber: Instagram @zizanrazak869

Menerusi tinjauan kami di laman Instagram, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-rata warganet menyambut baik keputusan pelawak itu.

Selain itu, rata-rata warganet dilihat memuji pelakon Abang Long Fadil itu kerana memilih untuk mendapatkan sumber rezeki yang ‘bersih’.

Dalam pada itu, orang ramai turut mendoakan segala urusan Zizan dipermudahkan dan pelakon Polis Evo itu dimurahkan rezeki yang halal serta berkat.

Sumber: The Star

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak turut meminta maaf kepada mereka yang telah mengikuti jejak langkahnya menyertai urus niaga tersebut sebelum ini.

“Kepada sesiapa yang telah terikut saya sebelum ini, Zizan minta maaf. Senang cerita saya sudah cuci tangan daripada dunia Forex,” jelasnya menerusi perkongsian Instagram Story semalam.

Kosmo Online melaporkan Forex disahkan haram kerana melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba. Apa pendapat anda tentang keputusan Zizan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca