Terima Mawar Kuning Bermaksud Anda Kena ‘Friendzone’, Ketahui Makna Di Sebalik Jenis Dan Warna Bunga

Bunga bukan sahaja cantik untuk dijadikan dekorasi rumah, perkahwinan dan majlis-majlis namun ia juga mempunyai pelbagai maksud dan simbol yang tersirat. Ia bergantung kepada jenis, warna dan jumlah kuntuman. Berikut merupakan jenis-jenis bunga yang sesuai digunakan untuk menyatakan perasaan anda kepada seseorang:

1. Mawar merah

Sering dikaitkan dengan perasaan cinta dan Hari Kekasih. Mawar merah adalah lambang cinta sejati. Ia juga memberi maksud romantis. Jadi, tidak hairanlah mengapa mawar merah sering kali dijadikan hadiah buat pasangan kekasih.

2. Mawar kuning

Mawar kuning membawa maksud sahabat sejati dan keseronokan. Jika ‘crush’ anda memberi mawar kuning, berkemungkinan dia ingin memberitahu bahawa dia hanya menganggap anda tidak lebih daripada teman baiknya.

3. Bunga matahari

Bunga matahari memberi makna ketulusan dan kesetiaan. Ia diberi nama sedemikian kerana sifatnya yang hidup menghadap arah cahaya matahari.

4. Bunga tulip

Bunga tulip secara umumnya membawa maksud cinta yang sempurna. Tulip merah melambangkan cinta sejati. Selain itu, tulip juga melambangkan si pemberi memohon maaf.

5. Daisy

Bunga daisy memberi makna kesetiaan dan kesabaran. Selain bunga mawar, bunga daisy juga menjadi salah satu pilihan ideal untuk diberi kepada pasangan.

Penulis

  • Nurul Nuraina Anuar adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca