Terima Komen Biadab Di Instagram, Ini Respons Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah memang terkenal dengan sikap peramah baginda bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial.

Meskipun kerap berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam di laman Instagram, ia bagaimanapun tidak menghalang Raja Permaisuri Agong daripada menerima komen biadab warganet.

Baru-baru ini, Tunku Azizah memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan komen biadab menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Sumber: The Vocket

Akaun palsu berkenaan telah meninggalkan komen yang tidak sedap di mata apabila bukan sahaja memberitahu individu yang mengalami cirit-birit agar hanya membuang air besar tetapi ia turut mengandungi kata-kata kesat.

Akibat tidak mahu perkara seperti ini terus berlaku pada masa hadapan, Raja Permaisuri Agong kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanya kepada individu berkenaan, “apa masalah anda dengan saya?”

Tunku Azizah kemudiannya memuat naik hantaran berbeza dengan menyifatkan individu di sebalik akaun berkenaan mempunyai masalah sakit jiwa.

Pada hantaran yang sama, terdapat komen daripada orang ramai yang meminta baginda mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab meninggalkan komen berkenaan.

Pada pendapat anda, adakah komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu berkenaan merupakan satu kenyataan yang sensitif? Apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya berada di tempat Tunku Azizah?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca