Terima Gurauan Melampau Pada Hari Lahir, Kanak-Kanak Ini Dihujani Telur

Siapa sahaja yang tidak suka menyambut hari ulang tahun kelahiran? Namun, hari yang sepatutnya berakhir indah ini menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh seorang kanak-kanak di Indonesia.

Pada mulanya, kanak-kanak itu sedang memegang pisau pemotong kek dan kelihatan gembira untuk memotong kek hari lahirnya.

Dia seolah-olah tidak sabar untuk memotong kek berkenaan sambil tersenyum riang menunggu nyanyian lagu hari lahir itu selesai dinyanyikan.

Walau bagaimanapun, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaannya saat kepalanya dihujani telur sewaktu dia ingin memotong kek tersebut.

Tidak berhenti di situ, ahli keluarganya bertindak untuk mencalitkan kek itu pada muka kanak-kanak terbabit.

Sudahlah dirinya berasa sangat sedih akan perkara yang telah berlaku pada hari istimewanya, ahli keluarganya pula tetap berdegil untuk meneruskan perbuatan tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak itu sudah meminta ahli keluarganya untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Untuk baca lebih banyak artikel mengenai kejutan pada hari lahir, anda boleh klik pautan di bawah.

Artikel Lain Untuk Di Baca