Wanita Ini Terima E-mel Daripada Mendiang Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Seorang wanita iaitu Alyssa Mendoza dari Filipina terkejut apabila menerima satu e-mel daripada mendiang bapanya yang meninggal dunia 10 bulan yang lepas.

Dia akhirnya menyedari e-mel itu mempunyai arahan yang terperinci mengenai kejutan untuk ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.

Ibu dan juga mendiang bapanya sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 bersama-sama, tetapi bapanya meninggal dunia sebelum sempat meraikannya.

Dia menceritakan kisah itu di Facebook peribadinya untuk berkongsi apa yang diatur oleh mendiang bapanya.

Menerusi e-mel itu, bapanya meminta dia menghubungi penjual bunga dan sudah membayar harga bunga itu untuk dihantar kepada ibunya.

Perkara itu diatur untuk setiap hari istimewa iaitu ulang tahun kelahiran ibunya, Hari Kekasih dan ulang tahun perkahwinan.

E-mel itu mengandungi arahan untuk diikuti oleh Alyssa mengenai kejutan yang dirancang untuk ibunya. Mendiang juga meninggalkan sepucuk surat kepada isterinya itu.

Menjelang hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya, Alyssa dan pembantunya mula membuat kejutan kepada ibunya mulai 11 ​​malam.

Mereka selesai menguruskan hal itu pada jam 5.30 pagi, tepat sebelum penggera jam ibunya berbunyi pada 6 pagi.

Alyssa juga menyatakan di hantaran Facebooknya bahawa kematian tidak dapat menghentikan bapanya untuk terus menyayangi ibunya.

Kisah ini menunjukkan cinta dan kasih bapanya terhadap ibunya sangat kuat. Walaupun bapanya sudah meninggal dunia, tetapi bapanya masih sempat untuk mengatur kejutan kepada ibunya sebelum mendiang bapanya meninggal dunia.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca