Terima Bintang Michelin, 4 Restoran Di Malaysia Ini Cipta Sejarah

Semua peminat makanan ataupun mereka yang mengikuti perkembangan cef-cef ternama antarabangsa mesti pernah terdengar dan agak familiar dengan istilah bintang Michelin.

Untuk menentukan restoran yang layak menerima pengiktirafan Michelin, penilai yang tidak diketahui identiti mereka akan menilai restoran berdasarkan lima komponen utama iaitu kualiti bahan, penguasaan memasak, keharmonian rasa, keperibadian cef melalui masakan dan konsistensi serta keseluruhan menu.

Memetik laporan Michelin Guide, satu bintang Michelin telah dianugerahkan kepada dua restoran di Kuala Lumpur iaitu Dewakan dan DC by Darren Chin.

Dua restoran di Pulau Pinang turut mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan satu bintang Michelin iaitu Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery dan Au Jardin.

Sumber: The Michelin Group

Pengarah antarabangsa Michelin Guide iaitu Gwendal Poullennec berkata, “Pilihan pertama kami di Malaysia menyerlahkan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mencerminkan keunikan budaya pelbagai etnik negara dalam gastronomi.

Ini hanyalah permulaan untuk perjalanan gastronomi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pemeriksa kami amat berpuas hati dengan ciptaan baharu dalam masakan Malaysia, warisan masakan tradisional dan evolusi pelbagai hidangan kebangsaan.

Daya hidup bandar seperti Pulau Pinang yang merangkumi banyak restoran Bib Gourmand sama seperti ibu negara ini adalah menggembirakan dan sangat menggalakkan untuk pasukan pemeriksa kami yang tidak sabar untuk meneroka lebih banyak lagi tempat di Malaysia.

Pasukan pemeriksa kami turut tidak sabar mencuba pelbagai hidangan yang ditawarkan oleh pelbagai bakat kulinari tempatan.”

Selain empat tempat makan tersebut, 32 restoran (15 di Kuala Lumpur dan 17 di Pulau Pinang) telah menerima pengiktirafan Bib Gourmand kerana menyajikan makanan-makanan enak pada harga mampu milik.

Bintang Michelin

Sumber: Michelin Guide

Memetik laporan VITDAILY, berikut adalah apa yang dimaksudkan dengan jumlah bintang Michelin yang ada dan tiga bintang adalah yang tertinggi.

Sekiranya menerima satu bintang Michelin, ia merupakan tempat yang baik untuk berhenti dalam perjalanan anda sekali gus menunjukkan restoran yang sangat baik dalam kategorinya.

Untuk tempat makan yang menerima dua bintang Michelin pula, ia merupakan sebuah restoran yang bernilai lencongan. Dalam erti kata lain, ia menunjukkan hidangan yang sangat baik dan hidangan berkualiti serta terampil dengan mahir serta teliti.

Bagi yang menerima anugerah tiga bintang Michelin pula, ia merupakan sebuah restoran bernilai perjalanan khas. Restoran ini menunjukkan masakan luar biasa di mana pengunjung sering rasa pengalaman hebat ketika berada di sana. Hidangan istimewa disempurnakan dengan menggunakan bahan-bahan terbaik.

Adakah kedai makan kegemaran anda turut tersenarai dalam Michelin Guide?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca