Terima Anugerah Maulidur Rasul, Wanita Cina Ini Besarkan Gadis Islam

Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.

Wanita Cina yang berumur 83 tahun itu atau mesra dipanggil Laoshi dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Sejati-Keluarga Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.

Sumber: Astro Awani

Chee menerima anugerah yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini berikutan kecekalannya menjaga seorang anak angkat yang beragama Islam bernama Rohana Abdullah sejak berusia dua bulan.

Tambahan pula, dia memastikan anak angkatnya itu membesarkan sebagai wanita Islam.

Demi kasih sayangnya terhadap Rohana, wanita itu sanggup mengeluarkan wang demi memastikan anak angkatnya dapat belajar serta mendalami syariat Islam.

Chee berusaha memastikan Rohana tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Wanita ini tidak pernah menjadikan perbezaan budaya dan agama sebagai penghalang untuk dia menumpahkan kasih sayang kepada Rohana seperti anak sendiri.

Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Selain itu, Rohana sebelum ini tidak mempunyai kerakyatan telah dianugerahkan kerakyatan Malaysia pada April lepas setelah mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rohana juga kini sedang mengikuti pengajian sains komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca