Terharu Dengan Hadiah Yang Diterima, Lelaki Ini Teruja Dapat ‘Sunscreen’ Daripada Pelanggan

Penjagaan kulit perlu diamalkan oleh semua individu. Walaupun begitu, tidak semua orang mempunyai masa dan wang untuk melakukan perkara tersebut.

Umum mengetahui bahawa kerjaya sebagai seorang ‘rider’ ini tidak mudah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kemalangan dan cuaca yang tidak menentu untuk memuaskan hati pelanggan mereka.

Walaupun begitu, berbeza pula dengan seorang rider yang dikenali sebagai @faizal8704 di mana pengguna tersebut meluahkan perasaan teruja di laman Twitter apabila beliau menerima pelindung matahari daripada pelanggannya.

Perkongsian itu menjadi tular dalam sekelip mata dengan menerima 19,600 ulang kicau dan 30,400 sukaan dalam masa kurang dari 48 jam.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian tersebut dan meninggalkan komen positif!

Dalam pada itu, Jalal berterima kasih kepada pelanggan itu kerana beliau kini boleh berjinak-jinak dalam menjaga mukanya selepas menerima pemberian tersebut.

Kesimpulannya, bukan wanita sahaja tetapi setiap individu perlu mengamalkan penjagaan kulit. Dikatakan bahawa anda tidak akan menyesal sekiranya anda melabur dalam penjagaan kulit.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca