Tergolong Sebagai Mamalia Terancam, Kenali 4 Jenis Badak Sumbu Di Dunia

Badak merupakan mamalia herbivor berbadan besar dan memiliki ciri-ciri utama iaitu tanduk di atas hidungnya. Dalam bahasa latin, Rhinoceros berasal dari bahasa Yunani iaitu rhino yang bermaksud hidung dan ceros yang bererti tanduk. Haiwan badak umumnya terdiri daripada lima jenis dan 11 subspesies di dunia.

Badak sumbu kini diancam kepupusan kerana aktiviti pemburuan secara haram telah mengakibatkan populasi badak semakin menurun. Ini kerana pemburuan secara haram dan tidak terkawal semakin kerap dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana tanduk badak sangat bermanfaat dalam perubatan tradisional.

Menurut laporan International Rhino Foundation, penggunaan serbuk tanduk badak sumbu sering ditambah dalam makanan dan minuman, misalnya teh. Penggunaan ini diyakini bahawa tanduk badak sumbu dapat menambah stamina lelaki, ubat demam dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan empat jenis badak sumbu yang terdapat di dunia:

1. Badak sumbu putih

2. Badak sumbu Sumatera

3. Badak sumbu hitam

4. Badak sumbu India

Kenali tanduk badak sumbu

Tanduk badak mengandungi keratin, mineral, kalsium dan melanin. Berdasarkan kenyataan para ilmuan Universiti Ohio, sumber kalsium menjadikan tanduk haiwan ini menjadi kuat, manakala melanin pula berupaya melindungi ia daripada pancaran sinar matahari.

Menurut mahasiswa dari Universiti Ohio iaitu Tobin Hieronymus, tanduk haiwan ini mirip sekali dengan kuku dan paruh kuda. Bentuk tanduknya berbentuk kurva dan mengarah ke arah kepala kerana keratin di bahagian hadapan tumbuh lebih cepat berbanding bahagian belakang.

Untuk pengetahuan anda, sekiranya tanduk badak sumbu terputus, ia mampu tumbuh semula seperti sediakala meskipun memerlukan sedikit masa kerana tumbesaran sesuatu tanduk itu berlaku secara berperingkat.

Seberapa besarkah tubuh badak sumbu?

Jenis badak paling besar adalah badak putih kerana haiwan ini mampu mencapai panjang sehingga 13 kaki dan ketinggian sekitar 6 kaki dari kuku ke bahu. Berat badannya pula berupaya mencapai sekitar 2.3 tan.

Badak yang paling kecil adalah badak sumbu Sumatera dengan kepanjangan sekitar 8 hingga 10 kaki dan ketinggian sehingga 8 kaki dari kuku ke bahu. Manakala beratnya pula sekitar 800 kg.

Sungguh besar dan berat, bukan?

Habitat dan makanan badak sumbu

Habitat bagi badak sumbu jenis putih dan hitam kebiasaannya tinggal di padang rumput dan dataran Afrika timur serta barat. Badak yang bersatu tanduk ditemukan di hutan hujan India atau selatan Nepal manakala badak sumatera dan jawa pula hanya ditemukan di daerah kecil hutan rawa di Malaysia dan Indonesia. Badak yang tergolong sebagai haiwan herbivor ini hanya memerlukan tumbuh-tumbuhan sahaja sebagai sumber makanan.

Semoga perkongsian kali ini memberi pengetahuan kepada pembaca tentang jenis-jenis badak sumbu. Bersama-samalah kita lindungi spesies ini agar tidak pupus.

Penulis

  • Muhammad Hasif Bin Mohd Yunus adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca