Google Earth adalah katalog visual terbesar yang boleh dijelajah hanya melalui planet visual yang dicipta oleh syarikat Google, baik dari perspektif satelit dan juga pemandangan dari jalan. Setiap tahun, orang yang berani ‘menggali’ katalog itu membuat penemuan yang aneh seperti saintifik, lucu atau pelik yang tidak akan mungkin berlaku lagi pada tahun yang akan datang.

Daripada bangkai pesawat tentera, kepada corak titik-titik yang dicipta oleh semut, kepada struktur misteri yang terukir di Gurun Gobi dan juga sebuah pulau hantu di Pasifik Selatan, Google Earth membawa beberapa tempat yang aneh untuk diselami.

Di samping itu, Google telah berusaha untuk memperluaskan katalognya bagi menyertakan rata-rata tempat yang jauh dari sudut pandangan masyarakat ataupun komuniti. Berikut adalah penemuan Google Earth yang paling menakjubkan pada tahun 2017:

1. Struktur Batu Kuno di Saudi Arabia

Struktur ini ditemui melalui imej satelit di mana beberapa pintu gerbang sebenarnya terletak di sebelah kubah gunung berapi yang sekali-sekala memuntahkan lava.

“Pintu-pintu dibina daripada batu, dinding-dindingnya dibuat kasar dan rendah,” kata David Kennedy, seorang profesor di University of Western Australia.

“Pintu-pintu itu merupakan struktur buatan manusia yang tertua dalam landskap,” kata Kennedy lagi. Pintu terkecil terbentang kira-kira 43 kaki (13 meter), manakala yang paling panjang ialah 1,699 kaki (518 meter) atau lebih panjang daripada padang bola sepak NFL.

2. Pentagram di Khazastan

Di atas bukit-bukit angin Asia Tengah, di sudut terpencil di Kazakhstan, ada pentagram besar yang berukuran kira-kira 1,200 kaki (366 meter) diameter terukir di permukaan bumi. Bintang lima yang dikelilingi oleh sebuah bulatan terletak di pantai selatan Upper Reservo Reservoir muncul dengan jelas pada Google Earth.

Banyak komen di media sosial yang menghubungkan gambar itu dengan aktiviti-aktiviti penyembahan syaitan, mazhab-mazhab atau penghuni neraka. Sebenarnya, pentagram itu ternyata menjadi garis besar taman yang dibuat dalam bentuk bintang. Bintang itu ditanda dengan jalan raya yang kini dipenuhi dengan pokok-pokok, menjadikan bentuk bintang lebih jelas menerusi foto udara.

3. Lapangan terbang yang terbiar

David Tewksbury, pakar GIS (sistem maklumat geografi) di Hamilton College di New York berharap dapat mengekalkan rekod visual mengenai pelancaran tapak peluru berpandu Nike sebelum mereka hilang akibat ditelan oleh alam semula jadi. Rencananya adalah untuk membina pangkalan data supaya sesiapa sahaja boleh menyelidik tapak peluru berpandu Nike melalui Google Earth.

4. Sarang semut yang besar dan banyak

Corak tompok-tompok ganjil berhampiran gunung berapi yang digelar Arasy Vulcan di tepi utara Grand Canyon mungkin mempunyai penjelasan ringkas iaitu semut. Gurun di sekitar Grand Canyon adalah rumah kepada semut penuai merah (Pogonomyrmex barbatus).

Makhluk ini dapat membuat sarang yang merangkumi sekitar 47 inci (120 centimeter) dan biasanya dikelilingi oleh tanah kosong hingga 108 kaki.

Ramai yang telah cuba menjelajah tempat-tempat misteri tersebut. Namun, kebanyakan tempat-tempat tersebut telah hilang ataupun diubah suai semula.

Penulis

  • Munir Mahdi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda