Tarian dalam siri, Wednesday berjaya curi tumpuan ramai tetapi Jenna Ortega terangkan perasaan sebenarnya terhadap babak tariannya itu.
Pelakon yang kini diminati ramai atas lakonannya dalam siri Netflix, Wednesday, Jenna Ortega ceritakan semula pada The Sunday Times yang dia hampir lepaskan peluang berlakon dalam siri tersebut.
Pelakon mengatakan bahawa dia sering berlakon dalam drama bersiri dalam kerjayanya dan kini mahu peluang untuk berlakon dalam filem pula.
“Saya takut jika saya terima lagi drama televisyen, ia akan menghalang saya dari lakukan kerja-kerja lain yang saya amat mahukan,” terangnya.
Perkara yang membuatkan pelakon filem Scream VI ini berminat untuk berlakon sebagai Wednesday adalah kerana pengarah terkenal, Tim Burton.
Pelakon ini mula mempunyai pendapatnya sendiri untuk berkarya dan menghasilkan karakter yang memuaskan hatinya apabila berlakon watak Wednesday.
Dia sering bincang semula dengan penulis skrip Wednesday untuk kongsikan pendapatnya tentang beberapa babak yang dia rasa karakternya tidak sesuai lakukan.
Ini juga menjadi sebab Jenna sarankan babak majlis tarian dalam cerita itu hanya difokuskan pada Wednesday oleh kerana karakternya yang sangat berbeza dari orang lain.
Krew Wednesday yang beritahu Jenna ketika tariannya dalam babak itu menjadi viral di TikTok dan Jenna memberi respons teruja pada mereka.
Tetapi sebaliknya, pelakon dari Disney itu sebenarnya mengharapkan penonton kurang beri perhatian pada babak tarian tersebut.
Sebagai seorang perfectionist, Jenna elakkan dirinya dari tonton lakonannya sendiri kerana dia akan fikir secara mendalam yang dia sebenarnya boleh lakukan lebih baik.
Walaupun pelakon itu amat bangga dengan pencapaiannya sekarang, agak sukar untuk dirinya melihat tariannya viral di media sosial.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: