Terbang Bersama Layang-Layang, Lelaki Ini Berada Ketinggian 30 Kaki Di Udara

sri lanka

Seorang lelaki di Sri Lanka nyaris maut semasa bermain layang-layang selepas diterbangkan angin menyebabkan dia berada di ketinggian 30 kaki di udara.

Kejadian tersebut berlaku di Point Pedro di Jaffna, di mana seorang lelaki bernama Nadarasa Manoharan tergantung pada tali layang-layang selepas angin kencang membuatkan dirinya ditarik sama.

Ketika permainan itu berlangsung, dia bersama lima lelaki yang lain sedang memegang tali pada layang-layang besar sebelum dilepaskan ke udara.

Namun begitu, dia tidak perasan bahawa rakannya di belakang sudah melepaskan tali tersebut.

Semasa kejadian itu, rakannya mula menjerit dengan panik memintanya melepaskan pegangan pada tali sebelum layang-layang itu terbang lebih tinggi.

Ia berlaku dengan cepat dalam sekelip mata. Manoharan juga menceritakan dia tidak memandang ke bawah sebaik sahaja berada di udara dan hanya melepaskan tali apabila tangannya menjadi kebas untuk memegang.

Sejurus selepas itu, dia telah dimasukkan ke Hospital Point Pedro selepas terhempas ke tanah disebabkan kecederaan ringan dalam kemalangan aneh itu. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Aksi lelaki itu sempat dirakam kamera ketika dia bergelut untuk cuba menyelamatkan nyawa dengan kejadian itu dianggarkan berlaku kira-kira seminit.

Perkara ini sebenarnya bukanlah kali pertama berlaku. Sebelum ini, satu kes yang serupa terjadi pada tahun 2020 di mana seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Indonesia diangkat beberapa meter ke udara oleh layang-layang gergasi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca