Terbabas Ketika Cuba Larikan Diri, Lelaki Ini Ditahan Polis

Seorang lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan polis di Plaza Tol Jabor, Lebuh Raya Pantai Timur 1 di Terengganu pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kemaman iaitu Superintenden Hanyan Ramlan berkata remaja yang menunggang motosikal Honda EX5 itu melakukan aksi Superman dengan menundukkan kepala selari dengan meter sebelum ditahan polis pada jam 10.30 pagi.

Hanyan berkata penunggang itu melakukan aksi siku-sika (zigzag) dari lorong kanan dan kiri jalan secara berulang kali sejauh dua kilometer di lebuh raya tersebut.

“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti tetapi lelaki itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Hanyan berkata anggota polis mengekori suspek ke Plaza Tol Jabor tetapi lelaki itu kemudiannya bertindak membuat pusingan U dengan melawan arus ke Kuantan, Pahang sebelum dia sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabor.  

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka di dagu,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Hanyan berkata suspek yang berasal dari Jengka, Pahang itu kemudiannya berjaya ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Ketua Polis Daerah Kemaman itu berkata ujian urin ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

Buat anda yang masih keliru, sebuah video berdurasi 20 saat yang memaparkan remaja berkenaan melakukan aksi berbahaya itu tanpa menyedari dia diekori polis walaupun pihak polis telah membunyikan siren tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca