Terapi Lubang Kubur Bantu Wanita Buang Nasib ‘Malang’ Dalam Perkahwinan Di China

Terapi membuang nasib ‘malang’ atau ‘meditasi kubur’ merupakan kepercayaan bagi masyarakat di Chongqing, China, yang dikatakan dapat membantu wanita yang mengalami masalah kegagalan dalam perkahwinan.

Kegagalan dalam perkahwinan bukanlah bermakna seseorang itu membawa nasib malang. Namun, ia mungkin disebabkan jodoh dan persefahaman yang tidak lagi wujud di antara pasangan.

Malah, ia merupakan salah satu alternatif bagi golongan janda untuk menghalau nasib malang yang dipercayai ada di dalam tubuh badan mereka.

Terapi ini dijalankan dengan menggali lubang kubur yang hanya memuatkan saiz badan wanita dewasa sahaja.

Kemudian, mereka akan menjalani terapi ini dalam keadaan berbaring di dalam lubang kubur yang dilapisi plastik dan diminta untuk menenangkan diri secara senyap.

Mereka dibiarkan untuk beberapa minit dalam keadaan mata terpejam dan kedudukan tangan diletakkan pada paras dada.

Justeru, mereka perlu melupakan masa silam meskipun pernah mengalami kekecewaan yang amat menyakitkan serta mengingatkan bahawa masih banyak perkara yang boleh dan perlu dilakukan bagi memulakan hidup baru.

Selain itu, mereka diminta untuk menjerit sekuat hati kerana jeritan yang dilepaskan itu dapat meluahkan segala bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Terapi ini turut membantu mereka dari segi menceritakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi kepada wanita-wanita lain.

Terapi ini sebenarnya lebih disifatkan sebagai berkongsi perasaan bagi meringankan beban perasaan seseorang.

Pengasas terapi iaitu Liu Taijie mengatakan bahawa dia telah berjaya bangkit untuk memulakan semula perniagaan yang pernah gagal suatu ketika dahulu.

Rawatan dan kelas ini diadakan secara percuma bagi wanita janda yang memerlukannya.

Walau bagaimanapun, terapi ini turut dihadiri oleh wanita bujang. Terapi pelik buang nasib malang ini semakin popular dan menjadi rujukan buat wanita-wanita yang mengalami tekanan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca