Terapi Khas Dalam Kubur Untuk Kurangkan Tekanan Pelajar, ‘Momento Mori’ Ini Ajar Anda Hargai Nyawa

Jika anda terlalu tertekan apabila musim peperiksaan menjelma, anda boleh mencuba kaedah terapi ini untuk mengurangkan tekanan anda.

Meskipun kedengaran pelik, sebuah universiti di Belanda menawarkan kaedah terapi luar biasa iaitu meditasi kubur khas untuk pelajar yang mengalami tekanan ketika menghadapi peperiksaan.

Walaupun sebenarnya agak menakutkan berbaring di dalam kubur, kaedah ini ternyata cukup popular sehinggakan ramai pelajar mahu mencubanya.

Malah, pelajar terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu untuk mendapatkan giliran baring dalam kubur berkenaan berikutan ramai yang ingin mencuba.

Keadah terapi ini telah tular di media sosial selepas seorang pelajar Universiti Radboud di bandar Nijmegen telah berkongsikan pendekatan unik ini untuk membantu pelajar lain menguruskan tekanan mereka.

Meditasi kubur berkenaan digelar ‘Momento Mori’ dalam bahasa Latin yang bermaksud ingat kematian anda.

Lokasi kaedah terapi terbabit digali menjadi persis sebuah kubur dan dilengkapi tikar serta selimut bagi memastikan pelajar sentiasa berasa selesa. Mereka boleh memilih untuk berada dalam kubur berkenaan selama 3 jam atau sekurang-kurangnya 30 minit.

Pengasas projek, John Hacking berkata, kaedah kubur berkenaan bertujuan untuk menyedarkan pelajar agar menghargai nyawa dan kehidupan mereka ketika masih ada di dunia ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca