Bermula Ahad ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula dikerahkan bagi membantu pihak polis dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meskipun anggota ATM digerakkan namun ia bukanlah situasi darurat di negara ini.
“Polis telah melaporkan terdapat peningkatan pematuhan arahan tersebut daripada rakyat jadi kita berharap dapat melihat lebih lagi apabila tentera digerakkan kelak,” kata Ismail Sabri.
“Namun, terdapat kes individu yang masih tidak mengendahkan arahan tersebut, buat masa ini hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan,” katanya lagi dalam satu sidang media pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menafikan dakwaan berita palsu yang mengatakan beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar perintah darurat dilaksanakan di Malaysia.
“Tiada dalam perancangan kerajaan pun untuk umumkan darurat, tiada aset tentera yang digerakkan pun buat masa sekarang seperti berita palsu yang ditularkan di laman media sosial,” jelasnya lagi.
Untuk baca artikel lain berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah: