“Semoga kemenangan kes akan berpihak kepada golongan yang tertindas dan kebenaran.”
Pada jam 12.30 malam, 15 julai, seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun tidak menyangka yang dia akan ditanggalkan semua pakaiannya, ditumbuk, ditampar, dicekik dan dicabul kehormatannya oleh seorang lelaki berusia 26 tahun di Kolej Kediaman Tun Mustapha, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kejadian ini telah tular di media sosial dengan orang ramai membuat satu tweet beserta hashtag #SolidaritiMangsaRogolSiswiUMS.
Ketika perempuan ini sedang dirogol di dalam biliknya, dikatakan di Twitter bahawa darah haid terkeluar ketika suspek ingin meneruskan perbuatan terkutuk itu. Pemangsa juga sempat mengambil telefon bimbit, kad ATM dan duit mangsa. Teringat pula penulis dengan novel Seyogia dimana watak Jard sering dipukul oleh ayahnya dan akhirnya mengambil keputusan untuk lari daripada rumah.
Detik hitam yang berlaku pada 15 julai itu bagaimanapun telah dibawa ke mahkamah tetapi suspek tidak mengaku bersalah kerana dikatakan membayar peguamnya sebanyak RM5,000.
Mangsa dikatakan trauma, tidak boleh duduk di dalam gelap, dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti belajar daripada UMS.
Suspek dikatakan sudah bekerja di unit keselamatan di UMS selama setahun dan merupakan adik kepada pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UMS. Mungkin sebab itu dia berani melakukan kejadian terkutuk itu?
Walaubagaimanapun, kes ini akan dikemukakan di mahkamah sekali lagi pada 29 Ogos nanti. Semoga kemenangan kes akan berpihak kepada golongan yang tertindas dan kebenaran.
#SolidaritiMangsaRogolSiswiUMS
Kredit – UtusanBorneo , Khairul Azlee, & @cikedik