Tengok Filem Seram Boleh Turunkan Berat Badan? Betul Atau Tak?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti of Westminster, menonton filem seram boleh mendatangkan pelbagai manfaat seperti membakar kalori dan meningkatkan mood seseorang.

Penyelidikan berkenaan menjalankan kajian pada 10 responden dan merekodkan kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan karbon dioksida. Richard Mackenzie, salah seorang daripada berkenaan mendapati, apabila anda menonton filem seram, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk mendapatkan tenaga.

Dalam kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes Of Health, menonton filem seram juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Kalau anda hendak turunkan kalori tontotlah filem ini:

1. Jaws: 161 kalori
2. Alien: 152 kalori
3. The Shining: 184 kalori
4. The Exorcist: 158 kalori
5. The Blair Witch Project: 105 kalori
6. Saw: 133 kalori
7. Paranormal Activity: 111 kalori
8. A Nightmare On Elm Street: 1118 kalori
9. [Rec]: 101 kalori
10. The Texaz Chainsaw Massacre: 107 kalori

Jadi, rajin-rajinlah menonton filem seram ini, jika anda malas hendak bersenam untuk membakar kalori dalam badan anda.

Sumber: The Guardian

Artikel Lain Untuk Di Baca