Sebuah kubur berusia sekitar 2,000 tahun telah ditemui oleh seorang petani di Nikolskoye, Rusia. Apa yang menggemparkan orang ramai adalah apa yang terkandung dalam kubur tersebut. Terdapat satu tengkorak yang seakan-akan sedang ketawa dengan riang sekali dalam kubur berkenaan.
Pada mulanya, petani berkenaan yang dikenali sebagai Rustam Modayev menyangka bahawa dia berjaya menemui peti harta karun. Hal ini demikian kerana cangkulnya terkena sebuah periuk gangsa. Rustam kemudiannya bertindak membawa penemuannya itu ke Muzium Sejarah Wilayah Astkarkhan.
Penyelidik saintifik muzim tersebut memberitahu mereka berjaya menemui satu kubur diraja di lokasi berkenaan. Ia dipercayai merupakan tapak penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan golongan bangsawan mereka.
“Kami menemui satu kubur diraja, salah satu tapak di mana penduduk nomad purba Sarmatian mengebumikan bangsawan mereka,” katanya.
Pada masa yang sama, beberapa rangka manusia termasuklah rangka ketua puak dan tengkorak lelaki muda yang berbentuk seakan-akan telur ayam turut ditemui mereka. Selain itu, mereka turut menemui sejumlah harta serta senjata yang diperbuat daripada perak dan emas di lokasi berkenaan.
Rangka ketua puak yang dijumpai itu dipakaikan pakaian bertatahkan emas, manakala rangka wanita pula dijumpai berdekatan dengan cermin yang diperbuat daripada perak.
Rangka tersebut seakan-akan sedang ketawa riang. Ramai yang berpendapat bahawa dia meninggal dunia dalam keadaan yang gembira.