Temui Ular Pelik Berbulu Hijau, Lelaki Thailand Ini Bawa Pulang Untuk Tanya Orang Ramai

Seorang penduduk di wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand terkejut apabila menemui spesies ular misteri berbulu hijau di sebuah paya berhampiran rumahnya.

Makhluk sepanjang dua kaki (kira-kira 0.6 meter) itu kelihatan agak pelik kerana diselaputi bulu dan kemudian dibawa pulang oleh warga tempatan bernama Tu, 49, selepas dia menyedari ia bergerak perlahan.

Tu menyimpan ular tersebut di dalam balang sebelum menunjukkan kepada ahli keluarganya yang keliru dan bingung dengan penampilan seperti naga kecil itu.

“Saya tidak pernah melihat ular yang kelihatan seakan itu sebelum ini. Saya dan keluarga saya fikir ia berguna sebagai peluang untuk orang ramai mengetahui penemuan baru ini dan menyelidik mengenainya,” kata anak saudara Tu Waraporn Panyasarn, 30.

Dia mengambil video haiwan itu dan menyiarkannya dalam talian agar meminta pakar dapat mennyelidik spesies haiwan aneh itu.

Keluarga mereka menyimpan ular berkenaan di rumah dan memberinya makan ikan kecil sementara menunggu pihak berkuasa mengenal pasti haiwan itu.

Sementara itu, penduduk lain dilaporkan memberitahu media bahawa mereka percaya ular tersebut adalah ular air yang dikenali sebagai puff-faced water snake.

Sekiranya benar, bulu-bulu dikatakan tumbuh pada badan haiwan itu ketika ia menunggu di celah-celah batu untuk menyerang mangsa.

Spesies itu kebanyakannya berwarna coklat gelap atau hitam yang sangat berbisa dan kebiasaannya ditemui di India, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Thailand, Malaysia dan Singapura dalam variasi berbeza.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca