Temui Punca COVID-19 Merebak Dengan Cepat, Ini Respons Saintis

COVID-19 menjadi bualan warganet dengan angka kematian yang kian meningkat saban hari.

Walaupun kes kematian yang direkodkan itu meningkat setiap hari, angka pesakit yang sembuh dari jangkitan tersebut itu juga boleh dikatakan semakin bertambah.

Untuk dijadikan cerita, para saintis telah mendapati wabak koronavirus yang kini dikenali sebagai COVID-19 mampu bertahan pada permukaan yang selalu disentuh sehingga sembilan hari.

Menurut laporan Mirror, kajian itu mendapati permukaan yang mempunyai potensi untuk menyebarkan jangkitan ini ialah tombol pintu dan besi pemegang di dalam pengangkutan awam.

Sumber: Mirror

Jelasnya, “Permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi.”

Sumber: Mirror

Untuk pengetahuan anda, kajian terbaharu di Jerman turut mendapati COVID-19 sebenarnya mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa pada sesuatu permukaan yang telah disentuh.

Sumber: Mirror

Walaupun begitu, wabak itu boleh dihapuskan sekiranya semua permukaan itu dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Dalam pada itu, orang ramai boleh mengambil langkah pencegahan dengan sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kebersihan tangan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca