Di Malaysia, mereka yang beragama Islam hanya perlu berpuasa lebih kurang 13 jam setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Namun, mesti ramai yang tidak tahu bahawa terdapat negara yang berpuasa dalam tempoh yang begitu lama. Berikut kami kongsikan negara-negara tersebut:

1. Iceland

Iceland merupakan negara sejuk dan sekitar 300 hingga 400 orang sahaja Muslim yang tinggal di sana. Umat Islam yang berada di Iceland harus berpuasa selama 22 jam iaitu dari jam 2 pagi hingga masuk waktu berbuka iaitu pada jam 12 tengah malam. Ini bermakna mereka hanya ada 2 jam sahaja untuk berbuka dan bersahur.

2. Greenland

Negara Greenland sama sahaja dengan Iceland sejuknya, sebab itu tempoh berpuasanya pun lebih kurang sama iaitu selama 21 jam dari jam 2.16 pagi hingga 11.14 malam. Jarak antara 2 negara ini seperti Malaysia dengan Indonesia iaitu sebelah menyebelah sahaja. Bezanya Greenland ini tersangat besar jika mahu dibandingkan dengan Iceland.

3. Norway

Norway terletak di negara Eropah dan merupakan kawasan yang ke-2 terbesar penduduk Islamnya. Lebih kurang 70 ribu penganut Islam di Norway terutamanya di daerah Oslo dan Akershus. Namun, kebanyakan daripada mereka adalah pendatang dan bukannya penduduk asli Norway. Pakistan, Iraq dan Somalia mencatat jumlah pendatang Islam yang paling tinggi.

Penduduk Norway berpuasa selama 20 jam tapi tidak susah mana untuk mereka berpuasa di sini kerana terdapat banyak makanan halal dan suasana pun selesa. Norway ini juga terletak berdekatan dengan Iceland dan Greenland, tidak hairanlah tempoh mereka berpuasa pun lebih kurang sama.

4. Rusia

Rusia adalah negara terbesar di dunia dan Moscow merupakan ibu kota negara tersebut yang dari tahun ke tahun semakin meningkat bilangan umat Islamnya sehingga mampu menjadikannya sebagai kota Muslim terbesar di Eropah. Umat Islam di Moscow ini berpuasa selama 19 jam sehari dari jam 1.49 pagi hingga 8.56 malam.

Beruntung kita yang tinggal di Malaysia. Betul tak?

Penulis

  • Habina Zakaria adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Rarecation