Tempoh Mandi Mempengaruhi Keadaan Kulit? Ini Adalah Penjelasannya

Memiliki tubuh badan yang sihat adalah impian bagi semua orang. Dengan badan yang sihat, aktiviti seharian dapat berjalan tanpa sebarang masalah.

Antara langkah paling mudah untuk menjaga kesihatan adalah dengan kerap membersihkan diri, iaitu mandi.

Kekerapan mandi pula adalah sangat subjektif dan terpulang kepada individu itu sendiri. Namun tahukah anda tempoh mandi turut menpengaruhi keadaan kulit?

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), secara puratanya, individu mandi selama lapan minit setiap sesi.

Dr. Edidiong Kaminska, seorang pakar dermatologi mengatakan bahawa masa mandi yang disarankan adalah di antara lima hingga 10 minit.

Jika kurang dari tempoh masa tersebut, proses pembersihan kulit dan hidrasi tidak boleh dilakukan secara optimum.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda perlu mandi dalam tempoh masa yang lama memandangkan perbuatan itu boleh menyebabkan kesihatan kulit anda terjejas.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering atau ekzema, penggunaan air suam amat digalakkan. Anda juga perlu mengekalkan masa mandi sependek mungkin (dalam lingkungan saranan).

Walaupun mandi lama boleh memberikan ketenangan, ia juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi kulit terutamanya jika anda menggunakan air panas.

Seperti yang anda sedia maklum, jika anda mandi terlalu lama, anda bakal berhadapan dengan masalah lembapan kulit.

Namun begitu, tempoh masa mandi yang pendek juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh kerana tujuan utama mandi adalah untuk membersihkan kulit, proses pembersihan tidak dapat dibuat secukupnya jika tempoh masa mandi anda terlalu pendek.

Kebiasaannya, faktor kekerapan seseorang itu mandi bergantung kepada persekitaran.

Sebagai contoh, sekiranya anda tinggal di kawasan sejuk, anda mungkin hanya mandi sekali sehari atau sekali dalam masa dua hari.

Akademi Dermatologi Amerika (AAD) turut menekankan bahawa kebanyakan individu tidak perlu mandi lebih daripada sekali sehari.

Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai keperluan tersendiri berdasarkan kepada aktiviti harian.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca