Tempat Menarik Baru, SplashMania Waterpark Gamuda Cove Akan Dibuka 2023

Gamuda Cove akan membuka taman tema air baru untuk anda semua terutama yang tinggal di Klang Valley kunjungi bermula Januari 2023 ini.

Taman tema air adalah antara tempat yang penuh dengan aktiviti menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Gamuda Land telah membuat pelbagai projek pembinaan tempat-tempat menarik untuk menaikkan tempat pelancongan di Selangor.

Pada Rabu lepas, Gamuda Land telah membuat pratonton tentang pembinaan SplashMania yang dijangka akan dibuka pada Januari 2023 nanti di Gamuda Cove.

Sumber: Gamuda Land

Gamuda Cove ialah sebuah perbandaran seluas 1,530 ekar yang terletak di antara Paya Indah Disocvery Wetlands dan Hutan Simpan Kuala Langat.

Perbandaran ini terdiri daripada pembangunan kediaman dan komersial serta pusat untuk aktiviti rekreasi dan riadah sesuai untuk pembinaan seperti SplashMania.

“Taman tema air ini akan memberi perluang untuk kita menjangkau peluang ekopelancongan yang belum diterokai di Klang Valley selaras dengan rancangan Tourism Selangor,” ucap ketua pegawai operasi Gamuda Land, Chu Wai Lane.

“Tambahan taman tema air Splashmania bukan sahaja memberi kelebihan pada penduduk di Gamuda Cove tetapi juga pada komuniti-komuniti sekitar situ dan paling besar, seluruh Malaysia dengan jangkaan sebanyak 800 ribu pengunjung setiap tahun.

Dengan seluas 7.28 hektar, SplashMania mengandungi 24 gelongsor air dan 15 tarikan bertemakan taman tema yang direka oleh Polin Waterparks dan ProSlide Technology, dikenali dengan rekod-rekod teknologi dan keselematan mereka.

Sumber: Gamuda Land
Sumber: Gamuda Land

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca