Tempat Menarik Bagi Anda Yang Inginkan ‘Short Weekend Getaway!’

Setelah saban hari penat bekerja pastinya anda inginkan sesuatu tempat untuk ‘short weekend getaway’. Di sini penulis ingin kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama yang tersayang!

 

  1. Desa Balqis

 

Foto: Desa Balqis

 

Foto: Desa Balqis

Desa Balqis yang terletak di Kuala Linggi, Melaka pasti menjanjikan kelainan kerana  rumah-rumah di Desa Balqis dibina berasaskan kayu bagi mengetengahkan ciri-ciri tradisional. Selain itu, setiap rumah juga mempunyai nama-nama tersendiri seperti Rumah Pak Long, Pak Ngah dan lain-lain lagi. Kolam renang juga merupakan salah-satu fasiliti yang disediakan sekiranya anda berkunjung ke sini.

 

2. The Kasturi

Foto: The Kasturi

 

Foto: The Kasturi

Terletak di Cherating, Pahang, The Kasturi bukan sahaja mempunyai pemandangan pantai yang menarik namun turut dikelilingi hutan yang pastinya memberikan lebih ketenangan kepada para pengunjung. Selain itu, fasiliti seperti spa dan gim juga turut disediakan.

 

3. Sarang By The Brook

Foto: Sarang by The Brook

 

Foto: Sarang by The Brook

 Sarang by The Brook yang terletak di Kuala Kubu Baru amat sesuai bagi anda sekiranya anda seorang pencinta alam. Apa yang menarik tentang tempat ini ialah bilik-bilik di sini menggunakan kabin sebagai tempat penginapan. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini termasuklah The Night Jungle Experience dan The Magical River Trek. 

 

4. Time Capsule Retreat

Foto: Time Capsule Retreat

 

Foto: Time Capsule Retreat

Time Capsule Retreat yang terletak di Sungai Lembing,  Pahang pasti memberikan pengalaman baru buat pengunjung. Ini kerana para pengunjung akan berpeluang untuk bermalam dalam capsule. Selain itu juga, tempat ini yang dikelilingi keindahan flora dan fauna pasti memberikan kedamaian buat pengunjung.

 

Jadi tunggu apa lagi? Jom bercuti!

 

Sumber: Lobakmerah.com

Artikel Lain Untuk Di Baca