Seorang peguam bertindak menyaman penganjur konsert Blackpink Born Pink World Tour di Malaysia sehingga RM1 juta kerana tempat duduknya ‘hilang’ di konsert itu.
Lelaki itu menjelaskan menerusi bebenang di laman Twitter bahawa dia mengambil tindakan undang-undang selepas rundingan bersama para penganjur konsert tidak membuahkan hasil positif.
Saman penganjur kerana tempat duduk tiada ketika konsert

Peguam yang dikenali sebagai Nas Rahman menjelaskan bahawa tempat duduknya ketika konsert Blackpink di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac lalu tidak wujud kerana kerusi itu hanya sehingga nombor 36 di barisan 207.
Ini kerana tempat duduknya iaitu kerusi nombor 37 telah menjadi tangga dan tidak wujud menyebabkan dia terpaksa berdiri ataupun duduk bersila di atas lantai sepanjang konsert itu berlangsung.
“Siapa yang pergi konsert Blackpink tadi yang alami nasib sama dengan aku? Seat hilang. Aku punya section 207 row G nombor 37.
Bila pergi dekat row tu, last seat no 36 je. Last-last kena berdiri tempat masuk je then duduk kat tangga kejap,” tulisnya.
#BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] KUALA LUMPUR HIGHLIGHT CLIP#블랙핑크 #BORNPINK #BLACKPINK_WORLDTOUR #BLACKPINK_BORNPINK #KUALALUMPUR #HIGHLIGHT #YG pic.twitter.com/qKnJr9vKzB
— BLACKPINKOFFICIAL (@BLACKPINK) March 10, 2023
Pada 6 Mac lalu, lelaki itu menghantar notis tuntutan (Letter of Demand) kepada pihak penganjur untuk menuntut pembayaran semula harga tiket dan sedikit pampasan ganti rugi.
Pada 14 Mac lalu, pihak penganjur telah menghubungi Nas dan mereka mula berbincang untuk penyelesaian.
“Aku sudah dihubungi oleh pihak penganjur. Sebab masih dalam perbincangan jadi tak sesuai untuk aku go details.
Cuma di akhir tadi aku minta pihak mereka jawab Notis Tuntutan aku dan mereka maklumkan akan jawab,” tambahnya.
Kedua-dua pihak tidak capai kata sepakat
Nas menjelaskan bahawa dia telah memfailkan saman ke atas pihak penganjur di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.
“Setelah beberapa kali siri negotiations, dua-dua pihak tak capai kata sepakat jadi aku malas nak cakap banyak so aku dah failkan saman ke atas pihak penganjur di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Since kes dah masuk mahkamah, jadi aku akan elakkan untuk komen berkenaan fakta dan substance kes lepas ni.
Aku hanya akan update tentang perjalanan kes sahaja contohnya tarikh Pengurusan Kes atau Bicara Penuh.
Menang atau kalah aku akan tetap update. Jangan risau,” tambahnya lagi.
Menerusi video di TikTok, Nas tampil menjelaskan bahawa range tuntutan adalah antara RM100,000 sehingga satu juta ringgit di Mahkamah Sesyen.
Mahu beri pengajaran kepada penganjur

Nas memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang supaya pihak penganjur lebih memahami tanggungjawab mereka kepada para pelanggan.
“Kenapa saya rasa tindakan perlu diambil? Sebab ini bukan setakat soal duitlah kan? Tiket saya tu RM500 harga dia.
RM488 jadi kalau dia orang (mereka) bayar ke tak bayar ke sebenarnya bukan saya jadi miskin atau kaya pun dengan RM500 tu tapi saya rasa it’s more than that.
Isunya sama ada kita nak biarkan orang teruskan pijak kepala kita. Yalah kalau saya biarkan boleh je. Tak ada masalah pun tapi macam tu lah. Sampai ke sudah benda ni akan berterusan.
Bila saya fikir balik kenapa benda ni jadi dekat saya, saya pun dah by right lebih senang lebih mudah. Saya sendiri peguam jadi saya dah ada dua shortcut dekat sini.
Pertama saya tahu apa yang perlu dilakukan dan apa prosedur dia. Kalau saya yang dah dipermudahkan urusan ni dengan dua benda tadi pun tak nak ambil tindakan, apatah lagi dengan orang-orang lain, orang awam yang jalannya lagi berliku kalau nak ambil tindakan? Jadi malulah kan.
Saya rasa sebab itu saya perlu ke depan. Saya bawakan isu ini supaya dapat diadili oleh mahkamah. Biar mahkamah yang decide.
Menang ke kalah ke tak apalah. Itu belakang cerita. Yang penting kita put forward dulu. Kita ambil tindakan. Saya sekarang (tapi) in the future mungkin akan berlaku lagi kepada orang lain.
Harapannya dengan tindakan saman ini dapat sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada penganjur-penganjur konsert supaya in the future dia orang dapat lagi memantapkan perkhidmatan mereka.
Mana boleh tiba-tiba kita beli tiket (tapi) pergi-pergi kerusi tak ada. Tak wujud. Jadi kerusi ghaib kan. Mana boleh macam tu kan?
Dia orang dah untung. Kita yang rugi. Pada dia orang mungkin RM500 tu sikitlah tapi untuk kita agak satu jumlah yang besar jadi tak bolehlah dia nak ambil mudah macam tu,” jelasnya lagi.
Anda boleh tonton video penuh di sini. Apa pendapat anda tentang perkara ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: