Tempah SOCAR Serendah RM30 Ke KLIA Bermula Sekarang

SOCAR akan mengetepikan bayaran sehala RM50 dan kini anda boleh membuat tempahan untuk perjalanan sehala ke KLIA dan KLIA2 dengan harga serendah RM30 bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2019.

Anda boleh menempah Perodua Axia dengan hanya RM16 (2 jam sebelum cukai) tanpa dikenakan bayaran sehala sebanyak RM50. SOCAR juga menyediakan tempahan jarak percuma sebanyak 20 kilometer sejam termasuk minyak petrol.

Jarak dari pusat bandar KL ke KLIA mengambil kira-kira 45 kilometer hingga 50 kilometer bergantung kepada lokasi anda. Caj tambahan akan dikenakan sebanyak RM5 sekiranya memerlukan tambahan 20 kilometer lagi dan RM0.25 pula bagi setiap kilometer.

Keseluruhannya, anda hanya dikenakan bayaran RM16 untuk 2 jam tempahan, RM7.50 untuk tol yang tidak termasuk dalam tempahan dan kira-kira RM5 untuk perbelanjaan tambahan yang dikira kesemuanya RM28.50 sebelum cukai. Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu mencari SOCAR point yang bertanda One-Way. Terdapat lebih daripada 100 zon sehala pada hari kerja dan 22 zon satu arah yang tersedia pada hujung minggu.

Sebaik sahaja anda sampai di KLIA atau KLIA2, letakkan kenderaan anda di tempat letak kereta lapangan terbang dan tinggalkan token parkir di dalam kereta. Sebelum memulangkan kereta, anda perlu mengambil gambar dan memberikan butiran tempat di mana kenderaan anda. Masa tambahan penimbal diperlukan kira-kira 5-10 minit untuk memulangkan kereta melalui aplikasi.

Sekiranya anda memerlukan sebuah kereta yang lebih besar dan luas, SOCAR juga mempunyai banyak pilihan kenderaan lain yang tersedia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca