Tempah Belon Zirafah Dalam Talian Untuk Hari Jadi Anak, Wanita Ini Terkejut Terima Baju Dalam Seksi

Lain yang dipesan, lain yang sampai. Itulah yang terjadi kepada seorang ibu dua anak ini apabila dia dikejutkan dengan penghantaran barang yang dibeli secara dalam talian untuk majlis ulang tahun kelahiran anak perempuannya.

Wanita yang dikenali sebagai Lauren Wood itu dikatakan menempah belon berbentuk zirafah menerusi laman membeli-belah dalam talian memandangkan majlis tersebut bertemakan haiwan.

Namun begitu, Lauren yang berusia 32 tahun itu tergamam apabila membuka bungkusan yang diterimanya kerana belon zirafah yang dipesan tiada di situ. Sebaliknya, terdapat set pakaian dalam yang jarang berwarna merah jambu dan biru di dalam bungkusan tersebut.

Pada mulanya, dia menyangka yang pasangannya telah membeli baju dalam itu buat dirinya. Namun begitu, sangkaan itu ternyata salah selepas dia ternampak ada tertulis perkataan ‘belon’ pada bungkusan tersebut.

Lebih memalukan, ketika Lauren membuka bungkusan itu, anak perempuanya yang berusia sembilan tahun dan anak saudara lelaki turut berada di situ. Wajah masing-masing bertukar menjadi merah padam.

“Bertambah buruk apabila baju itu bukan saiz saya. Langsung tak muat nak pakai,” kata Lauren.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca