Chen daripada EXO umumkan bahawa beliau bakal melangsungkan perkahwinan bersama teman wanitanya dalam sebuah majlis tertutup yang hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa bintang K-Pop kebiasaannya lebih selesa merahsiakan hubungan cinta mereka daripada orang ramai.
Atas sebab berkenaan, ia merupakan sebuah berita yang agak mengejutkan para peminat apabila penyanyi kegemaran mereka mengaku bahawa mereka mempunyai kekasih.
Menurut laporan Soompi, Kim Jong-dae ataupun lebih dikenali sebagai Chen daripada kumpulan terkenal EXO ini memaklumkan perkahwinannya menerusi laman komuniti peminat EXO!
Selain itu, syarikat naungan EXO iaitu SM Entertainment turut mengesahkan bahawa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Berikut merupakan kenyataan rasmi SM Entertainment, “Chen telah berjumpa dengan seseorang yang sangat bermakna dalam hidupnya dan mereka bakal berkahwin.
Pengantin perempuannya bukanlah seorang selebriti dan majlis perkahwinan mereka bakal diadakan secara senyap bersama ahli keluarga terdekat sahaja. Chen akan terus bekerja keras sebagai seorang artis dan kami berharap agar semua orang dapat memberikan restu dan ucapan tahniah kepadanya.”
EXO Chen announces marriage plans with hand written letter
— The Seoul Story (@theseoulstory) January 13, 2020
Congratulations @weareoneEXO! 🎉 pic.twitter.com/PHdUWuXPlQ
Chen juga telah menulis surat yang ditujukan kepada para peminat ataupun lebih dikenali sebagai EXO-L.
Menerusi surat berkenaan, beliau menyatakan bahawa dirinya juga terkejut dengan tuah yang sampai secara tiba-tiba.
Menurut laporan Kimchi Daily, “Saya sudah lama berbincang dengan agensi dan juga rakan EXO yang lain supaya saya dapat mengumumkan hal ini sedikit awal agar kalian tidak terkejut.
Kemudian, satu tuah tiba. Saya juga terkejut kerana tidak menjalankan apa yang telah dirancang bersama ahli lain dan juga syarikat, tetapi tuah ini memberikan saya banyak kekuatan.”
Dalam pada itu, satu sumber daripada syarikat naungan penyanyi itu mengesahkan teman wanita Chen kini sedang mengandung.
Namun, mereka tidak dapat mendedahkan sejauh mana usia kandungan tersebut dan hal-hal berkaitan dengannya kerana wanita itu bukan seorang figura terkenal.
Kepada para peminat Chen khususnya EXO-L, apa pandangan anda mengenai berita ini? Tahniah diucapkan kepada pasangan tersebut!
Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai selebriti antarabangsa, anda boleh klik pautan di bawah: