Seorang wanita yang membeli telur dari sebuah pasar raya di Thailand terkejut besar apabila melihat isinya selepas direbus, memetik laporan portal Nangtime.
Wanita yang dikenali sebagai Rangsiya Sara-uppatham, 30-an tahun, salah seorang penduduk di Chonburi, Thailand terkejut selepas melihat isi kandungan dalam telur yang baru sahaja dibelinya di pasar raya.
Ketika berada di rumah, Rangsiya Sara pun merebus telur dari pasar raya yang dibelinya. Sebaik sahaja selesai merebus, dia pun membuang kulit telur berkenaan.
Bagaimanapun, dia terperanjat besar melihat isi dalamnya tidak kelihatan seperti telur biasa tetapi menyerupai puluhan cacing yang panjang.

Rangsiya pun memuat naik gambar hasil rebusan telur yang menggelikan itu ke media sosialnya dan perkara tersebut telah menimbulkan kebimbangan selain mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Bukan itu sahaja, berita berkenaan turut diketahui oleh pihak pasar raya, dimana wanita itu membelinya.
Lanjutan daripada itu, pihak pasar raya berkenaan dan Jabatan Kawalan Penyakit kemudiannya mengambil telur itu untuk tujuan ujian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan.
Dr Taweesak Songserm daripada Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Kasetsart memaklumkan cacing tidak akan dapat masuk ke dalamnya kerana dihalang oleh kulit telur yang keras.
Isi telur yang kelihatan seperti puluhan cacing sebenarnya adalah tisu-tisu telah rosak disebabkan oleh bakteria, bukannya cacing atau parasit.
Perubahan tekstur tersebut adalah disebabkan kuantiti bakteria yang tinggi sehingga mengubah sifat telur sebenar lalu terbentuk seperti cacing, menurut kenyataan Dr Taweesak Songserm.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: