‘Telinga Elf’ Trend Kecantikan Terkini Bagi Golongan Belia Di China

Telinga Elf menjadi Trend

‘Telinga elf’ selalunya merujuk kepada kecacatan sejak lahir dimana seseorang mempunyai telinga runcing. Kini ia merupakan satu trend kecantikan di China bagi golongan belia dengan melakukan pembedahan kosmetik.

Menurut South China Morning Post, pembedahan kosmetik ini amat popular bagi golongan muda yang lahir pada tahun 2000-an.

Golongan belia di sana berpendapat telinga kecil dan runcing ini mampu memberi efek wajah kelihatan langsing, bahkan lebih muda.

Malah, media sosial di China dibanjiri dengan perkongsian dari mereka yang telah melakukan pembedahan kosmetik telinga elf ini.

Sumber: VICE

“Magik! Saya tidak mengubah apa-apa di wajah saya tetapi semua rakan saya mengatakan saya tampil berbeza pada hari saya melakukannya. 

Wajah saya kelihatan lebih kecil, dan saya nampak lebih pintar.” ujar seorang pengguna di platform gaya hidup Xiaohongshu. 

Laporan juga mengatakan trend telinga elf ini telah disahkan melalui testimoni yang dibuat oleh beberapa orang pakar pembedahan kosmetik.

Pakar-pakar tersebut mengatakan pembedahan ini telah mendapat sambutan hangat tidak kira dari golongan wanita mahupun lelaki. 

“Ianya selamat dan popular. Setiap hari, pelanggan kami terpaksa beratur untuk melakukan pembedahan ini,” kata ahli dermatologi Mylike Medical Cosmetic yang berpusat di Shanghai.

Walau bagaimanapun, beberapa pakar bedah berpendapat bahawa golongan belia ini perlu berfikir secara lebih rasional sebelum melakukan pembedahan.

Sumber: syfy Wire

“Berani saya katakan, selepas trend telinga elf ini berlalu, ramai yang gilakan kecantikkan akan membuat permintaan untuk kembalikan telinga mereka seperti sediakala. 

Hal ini telah berlaku ketika terdapat trend seperti ‘hidung selebriti’, ‘dua lipatan kelopak mata gaya eropah’ dan lain-lain. Bila trend tersebut sudah lapuk, ramai akan berasa fesyen seperti ini menjadi jelek. 

Jadi, saya sarankan orang ramai berfikir dengan lebih rasional mengenai ini.” jelas Yu Wenlin, seorang doktor di Gaoshang Medical Cosmetic Centre.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca