Telekom Malaysia Gabungkan Semua Perkhidmatan Di Bawah Sistem Digitalme

Telekom Malaysia kini dalam usaha menggabungkan semua perkhidmatan sedia ada di bawah sistem baharu iaitu sistem identiti digital tersendiri yang dinamakan Digitalme.

Digitalme juga memudahkan pengguna log masuk dengan hanya perlu mengingati satu nama pengguna dan kata laluan sahaja.

Telekom Malaysia mengatakan sistem identiti digital ini akan digunakan untuk perkhidmatan Unifi, selain membuka penawaran terhadap perkhidmatan yang lain. Bagi pengguna sedia ada yang menggunakan Unifi.com.my, anda akan mempunyai akaun Digitalme secara automatik. Anda juga diminta untuk mengemaskini kata laluan apabila log masuk.

Pengumuman daripada Telekom Malaysia masih tidak diketahui lagi berkenaan penawarannya yang akan dibuka untuk pembangun yang lain. Kemungkinan Telekom Malaysia akan mengumumkan penawarannya pada masa akan datang. Sistem ini turut mengintegrasikan perkhidmatannya kepada para pembangun tempatan yang lain.

Kerajaan juga telah mengumumkan inisiatif yang akan hadir bersama sistem identiti digital yang lain, selain Pos Malaysia yang turut terlihat ke arah yang sama.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca