Telegram Akan Tawarkan Ciri Import Mesej Daripada Aplikasi Lain, Adakah Anda Teruja?

Siapa antara anda yang merupakan pengguna setia aplikasi Telegram? Sejak ia diperkenalkan kepada umum pada tahun 2013, Telegram sering dibandingkan dengan aplikasi permesejan terkenal di dunia iaitu WhatsApp.

Mana tidaknya, Telegram dipercayai lebih lancar dan mudah serta ada lebih banyak fungsi daripada WhatsApp meskipun tidak mempunyai jumlah pengguna yang ramai seperti aplikasi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Telegram sekali lagi bakal tampil dengan ciri baharu yang pastinya mampu meletakkan senyuman pada muka semua pengguna aplikasi berkenaan.

Dengan niat mahu memudahkan pengguna, Telegram bakal membenarkan semua individu mengimport semua chat daripada aplikasi permesejan lain ke sebuah aplikasi sahaja.

Dalam erti kata lain, para pengguna tidak lagi perlu menggunakan pelbagai aplikasi untuk menyemak mesej yang pernah diterima sebelum ini atau yang bakal diterima.

Namun, apa yang menarik perhatian pengguna adalah ciri yang sedang dibangunkan Telegram ini turut meliputi beberapa aplikasi kegemaran ramai seperti Line, KakaoTalk dan WhatsApp.

Walaupun begitu, tarikh sebenar ciri terbaharu Telegram ini bakal ditawarkan secara rasmi kepada para pengguna masih belum diketahui lagi setakat ini. Satu perkara yang pasti, ciri yang menarik ini sudah pastinya dinanti-nantikan seluruh pengguna Telegram. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Telegram, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca