Turkiye sudah memulakan kerja untuk membina semula kediaman yang musnah akibat gempa bumi mengorbankan lebih 50,000 orang di negara itu dan Syria.
Lebih 160,000 bangunan merangkumi 520 000 unit pangsapuri runtuh dan rosak teruk dalam gempa bumi pada 6 Februari lalu, yang mengorbankan puluhan ribu orang.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) mengumumkan angka kematian di Turkiye akibat gempa bumi meningkat kepada 44,218 semalam.
Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan, berjanji untuk membina semula rumah dalam tempoh setahun.

Rancangan awal kerajaan Turkiye kini adalah untuk membina 200,000 pangsapuri dan 70,000 rumah dengan kos sekurang-kurangnya AS$15 bilion (RM66.5 bilion).
Bank AS, JPMorgan menganggarkan pembinaan semula rumah dan infrastruktur akan menelan belanja AS$25 bilion (RM111 bilion).
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menganggarkan bahawa kemusnahan menyebabkan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal, dengan 500,000 rumah baharu diperlukan.
Katanya, pihaknya meminta AS$113.5 juta (RM503 juta) daripada dana AS$1 bilion (RM4.4 bilion) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, sambil menambah wang itu akan digunakan ini untuk membersihkan timbunan runtuhan.

Untuk rekod, gempa bumi di selatan Turkiye dan utara Syria berlaku pada 6 Februari 2023 yang berukuran 7.5 magnitud merupakan gempa bumi terburuk Turki dalam 100 tahun.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: