Telah Ragut Banyak Nyawa, Ini 5 Taman Tema Paling Bahaya Di Dunia

Manusia amat gemarkan hiburan dan mereka sering berkunjung ke taman tema di dalam negara mahupun di luar negara untuk berseronok. Namun begitu, terdapat banyak sejarah sejak dulu lagi di mana taman tema ini boleh membuat nyawa pelanggan melayang. Berikut adalah 5 taman tema paling bahaya dalam sejarah:

1. Action Park Cannonball Loop (Tiada kematian, banyak kecederaan direkod)

Mengikut sumber tempatan, apabila gelongsor air tertutup di taman tema ini diuji oleh pihak bertanggungjawab dengan menggunakan beberapa patung, majoriti daripada patung itu pecah. Reka bentuk gelongsor berkenaan ternyata tidak selamat. Ia dibuka pada musim panas tahun 1985, tetapi ditutup selepas 1 bulan operasi.

2. Battersea Funfair Big Dipper (5 kematian, 13 kecederaan direkod)

The Big Dipper merupakan tarikan utama di Battersea Fun Fair, salah satu taman hiburan paling bahaya di Eropah. Salah satu kereta permainan terlepas daripada tali pengangkutan, menyebabkan kereta itu terbang ke belakang dan bertembung dengan kereta lain. 5 orang kanak-kanak dipercayai terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kemalangan itu. Selepas insiden itu, The Big Dipper ditutup untuk kebaikan semua orang.

3. Action Park Grave Pool (3 kematian, banyak kecederaan direkod)

Kolam Tidal Wave dikenali oleh penduduk tempatan sebagai The Pool Grave. Kolam besar itu bersaiz 100 kaki dengan panjang 250 kaki dan mempunyai kedalaman maksimum 8 kaki serta kapasiti maksimum 1,000 orang.

Kolam ini telah meragut 3 nyawa antara 1982 dan 1987. Akhirnya, kolam ini direka bentuk semula untuk menjadi lebih cetek dan lebih mudah dikendalikan. Ia masih beroperasi hingga ke hari ini sebagai High Tide Wavepool.

4. SCAD Dives (Tiada kematian, banyak kecederaan direkod)

Suspended Catch Air Device (SCAD) Dives pada dasarnya mengambil seseorang dan meletakkannya 150 kaki di udara, menjatuhkannya tanpa apa-apa jenis tali dan membolehkan mereka jatuh ke dalam tali jaring kira-kira 50 kaki di atas tanah. Terdapat kes di mana individu tersebut jatuh dan tiada jaring yang menunggu untuk menangkapnya. Malah, ada juga sesetengah insiden di mana mereka terlepas dari landasan jaring itu.

5. Knott’s Berry Farm Perilous Plunge (1 kematian direkod)

Kejadian buruk telah berlaku pada tahun 2001 ketika Lori Mason-Laurez, 40 tahun, jatuh lebih dari 100 kaki hingga menyebabkan nyawanya terlayang ketika berada di taman tema itu. Tempat itu terus dibuka sehingga tahun 2012 sebelum ia ditutup.

Menakutkan, bukan? Kita hendaklah berhati-hati ketika hendak berhibur kerana bahaya ada di mana-mana sahaja tanpa kita sedari.

Penulis

  • Siti Aidasyazwani Zolkifli adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca