Telah Cabul 200 Kanak-Kanak Malaysia, Richard Huckle Akhirnya Mati Ditikam Di Penjara

Seorang penjenayah pedofil berprofil tinggi warga Britain yang ditahan atas kesalahan mencabul ratusan kanak-kanak di Malaysia ditemui mati ditikam di sebuah penjara di United Kingdom (UK).

Pelaku, Richard Huckle ditemui mati di penjara Full Sutton, East Yorks pada Ahad lalu ketika sedang menjalani hukuman yang disabitkan ke atas dirinya yakni telah mencabul 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.

Tragiknya, Huckle ditikam sehingga mati oleh pisau buatan sendiri.

Difahamkan, Huckle ditahan ketika dia berada di London pada tahun 2014 selepas polis unit siasatan Australia berjaya menjumpai bilik rahsia di laman sesawang ‘dark web’ di mana ahli-ahlinya sering bertukar-tukar gambar lucah kanak-kanak dan cara untuk mencabul kanak-kanak.

Huckle bersalah di atas 71 tuduhan mencabul kanak-kanak yang berusia di antara enam bulan hingga 12 tahun ketika bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Malaysia dan Kemboja.

Kegiatan lama Richard Huckle

Sebelum berjaya diberkas, lelaki keji itu akan menyasarkan bandar atau wilayah yang paling miskin atau mempunyai komuniti yang paling lemah untuk menjalankan kegiatan jijiknya itu. Dia mempergunakan status dirinya sebagai lelaki berkulit putih untuk mendapatkan kepercayaan mereka, berpakaian segak lalu meliwat anak mereka.

Dengan bangganya, lelaki itu mencanangkan betapa senangnya dia berjaya melunaskan nafsu binatangnya itu.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick London pada Disember 2014 ketika dia dalam perjalanan pulang dari Malaysia ke tempat asalnya untuk meraikan Hari Natal.

Dimaklumkan, polis menjumpai komputer rahsia yang diubah suai serta sebuah kamera yang mempunyai 20,000 gambar lucah kanak-kanak dan lebih 1,000 bukti yang dia telah melakukan jenayah terbabit termasuk merogol.

Artikel Lain Untuk Di Baca