Berikutan berita tentang pemergian Ashraf Sinclair yang meninggal kerana serangan sakit jantung, seorang pakar kesihatan iaitu Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad mendedahkan tekanan jiwa sebagai faktor utama terjadinya serangan ini.

Menurut beliau, serangan sakit jantung tidak semestinya dipengaruhi oleh kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti. Penemuan baru berkenaan tekanan jiwa telah pun dibuktikan oleh pakar perubatan.
Antara penyebab masalah serangan jantung dalam kalangan muda adalah tekanan jiwa yang menyebabkan jantung kita tidak mampu berfungsi dengan normal. Degupan jantung yang laju, tidak cukup tidur, selalu bermimpi dan senang marah antara perlakuan sewaktu tekanan yang jarang dikesan oleh sesetengah orang.
Beliau juga percaya keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran menjadi penyebab kepada tekanan jiwa. Malangnya, tidak ramai yang sedar perkara ini.

Dr. Zubaidi juga berkongsi pengalaman beliau berdepan dengan beberapa pesakit kronik disebabkan tekanan jiwa.
“Contohnya, saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak berehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.”
Tambahnya lagi, selebriti dan pelakon juga tidak dapat lari daripada tekanan kerana terlibat dengan penggambaran, tidak cukup tidur dan ditambah dengan tekanan di sekeliling setelah terpaksa tinggalkan anak dan isteri di rumah. Hal ini menyebabkan jantung mereka mengalami masalah.
Beliau juga berkata, kesan akan terjadi jika seseorang pesakit itu membiarkan tekanan ini berlaku tanpa diubati selama tempoh lima hingga 10 tahun. Jika dilihat dalam kajian, tekanan dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi iaitu sekitar 50 peratus.
Beliau juga meminta supaya kita lebih fokus kepada tekanan kerana ia boleh mendatangkan masalah seperti masalah mental, kemurungan dan boleh mendorong kepada membunuh diri.
Berikut adalah senarai beberapa artis dan ahli sukan Malaysia yang meninggal dunia kerana serangan jantung:
1. Ashraf Sinclair, 40

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair merupakan pelakon Malaysia yang menempat nama di Indonesia. Suami kepada Bunga Citra Lestari ini dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung.
Untuk rekod, Allahyarham mengahwini Bunga Citra Lestari pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berumur 10 tahun.
2. Mohd Faizal Yusuf, 33

Pelakon ini meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur pada pukul 1.45 petang akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011.
Allahyarham dikatakan jatuh pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul pada pukul 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.
Untuk rekod, Allahyarham pernah berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.
3. Hani Mohsin, 41

Merupakan seorang pelakon, penerbit dan hos program televisyen, Hani Mohsin telah meninggal dunia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 25 Julai 2006.
Allahyarham disahkan meninggal akibat serangan jantung oleh Hospital Serdang selepas dibawa dari Klinik Pusrawi di LCCT.
5. Shamrin Fotograf, 45

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abd Samad merupakan vokalis kumpulan Fotograf. Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung pada 11 November 2010 ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan bersama sebuah syarikat insurans di Kelab Sulatan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Allahyarham juga ada mengadu mengalami kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.
6. Mohd Suffian Abd Rahman, 41

Mohd Suffian Abd Rahman merupakan penjaga gol nombor satu untuk Terengganu FC. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Ogos 2019 di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Berita pemergian beliau mengejutkan ramai pihak kerana pasukan yang diwakilinya dijadualkan untuk bersaing pada malam berkenaan.
7. Jacky Ng Kiat Kee, 25

Pengsan ketika berada di bangku pemain simpanan, pemain muda bola keranjang kebangsaan ini meninggal dunia kerana sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China pada 28 Julan 2013.
Berita itu telah disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan pada waktu itu, Chey Tat Woon.
Untuk membaca artikel lain berkaitan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, anda boleh klik pada pautan di bawah: