Tekad Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Safiey Ilias Jalani Pembedahan Buang Implan Silikon

Bila sebut sahaja Safiey Ilias, pasti bait-bait lagu Syinta Gila bermain-main di minda anda semua. Sebelum ini, usahawan kosmetik ini menerima kecaman hebat daripada warganet apabila telah membuat pusingan-U dalam penghijrahannya. Safiey memilih untuk kembali menjadi ‘wanita’ selepas mengambil keputusan untuk berubah.

Tidak lama selepas itu, Safiey yang baru sahaja keluar dengan single terbaharu berjudul Apa Salah Syinta sekali lagi mengumumkan bahawa dia nekad untuk berubah demi agama dan keluarga tercinta.

Pengumuman itu berjaya mencuri perhatian warganet di laman Instagramnnya. Coretnya, dia bakal melakukan pembedahan untuk membuang silikon pada tubuhnya. Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin bin Ilias turut memaklumkan bahawa kedua-dua ibu dan bapanya sudah berada di rumah untuk menjaganya selepas prosedur pembedahan itu selesai.

Secara luaran, satu per satu perubahan dapat dilihat pada diri Safiey. Penyanyi yang berusia 25 tahun itu kini berambut pendek dan mula berpenampilan seperti seorang lelaki.

Terdahulu, Safiey mengakui bahawa dia telah memakai implan silikon bagi menampakkan susuk fizikalnya persis seorang wanita.

Sebentar tadi, Safiey telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya di mana dia memaklumkan bahawa pembedahan membuang segala silikon pada badannya sudah selesai. Rata-rata pengikut Safiey memuji tindakannya dan turut mendoakan agar dia terus istiqamah. Tidak kurang juga ada segelintir yang masih menyelarnya dan berpendapat bahawa perubahan itu mungkin tidak akan bertahan lama.

Persoalannya, siapa kita untuk menghukum seseorang? Mungkin hari ini kita rasa seseorang itu hanyut dari landasan yang benar dan seolah-olah tiada keinginan untuk berubah. Apa yang ramai sering lupa adalah hidayah itu milik Allah. Hidayah akan sampai kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Daripada sibuk mengecam, apa kata kita doakan yang terbaik buat Safiey?

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili team Lejen Press Digital.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca