Tegur Suami Kerana Buku Klinik Koyak, Isteri Dicerai Dalam Pantang

Seorang ibu beranak tiga diduga apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu ketika masih dalam pantang.

Perkara tersebut menyebabkan wanita berusia 26 tahun itu menghadapi tekanan dan juga berasa buntu memikirkan cara untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya yang berumur empat tahun, dua tahun serta bayi yang masih berusia 17 hari.

Keadaan itu turut menyebabkan wanita itu hampir bertindak untuk membunuh diri, namun berjaya diselamatkan jirannya pada Jumaat yang lalu.

Wanita yang berasal dari Sabah itu diceraikan oleh suaminya pada Khamis yang lalu iaitu 13 hari selepas dia melahirkan anak lelakinya.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa dia akan dicerai hanya kerana menegur suaminya yang membiarkan buku temu janji klinik anaknya itu koyak.

Si ibu masih tertanya-tanya kenapa hanya disebabkan masalah kecil itu, suaminya terus melafazkan talak satu dengan mudah.

Lebih menyayat hati, si ibu merasa sedih kerana anaknya yang baru dilahirkan itu masih belum sempat merasa kasih sayang seorang bapa.

Wanita itu menerima kunjungan daripada Pengurus Semarak Resource Centre, Muzaliza Musa, iaitu ketua kepada pusat komuniti flat di Flat Taman Semarak 2, Nilai.

Tambahnya lagi, penceraian itu bukanlah kali pertama tetapi ianya merupakan kali kedua kerana dia pernah diceraikan pada 2018 yang lalu. Mereka kemudiannya dirujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

Jelas wanita itu, mereka tidak mempunyai banyak masalah sepanjang empat tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya itu.

Wanita itu berkata bahawa si suami mungkin berasa tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana dia tidak dapat bekerja seperti biasa.

Kemuncaknya apabila suaminya terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana didapati positif COVID-19 dan perkara tersebut menjadi antara punca pergaduhan pasangan suami isteri itu sebelum bercerai.

Pada pertengahan bulan lalu, dia sekeluarga disahkan positif COVID-19 sehingga terpaksa melahirkan anak bongsunya itu secara pembedahan pada 14 Julai yang lalu.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata dia tidak mahu mengenangkan lagi apa yang telah berlaku dan bersedia untuk membuka buku baharu demi anak-anaknya yang masih kecil.

Namun begitu, salah satu masalah utama baginya pada ketika ini adalah untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti kerana selama ini dia hanya bergantung sepenuhnya kepada suami.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk melihat keadaan keluarga itu dengan lebih dekat dan dalam pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada mana-mana pihak yang ingin membantu untuk meringankan beban keluarga kecil itu.

Buat masa ini, barangan makanan dan keperluan masih mencukupi, akan tetapi apa yang menjadi kebimbangan utamanya ialah bayaran bulanan sewa rumah dan bil utiliti yang perlu ditanggung olehnya selepas ini.

Bagi sesiapa yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1562-2636-2529 atas nama Nurmila.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca